21 Apr 2013

CERITA PASAL CIKGU



HOLA!

Good Morning!!

I login into my facebook this morning and I found this:-

TUGAS GURU SEMAKIN BERAT? SEPATUTNYA MEREKA FOKUS MENGAJAR ANAK2 BANGSA... TETAPI SEBALIKNYA MEREKA DIPAKSA MENGHABISKAN LEBIH BANYAK MASA KENA BUAT KERJA2 LAIN PULA?

Sumber Cedokan: Pelbagai


Datuk saya bekas Pegawai di PPD, Nenek saya pula bekas guru besar. Begitu juga bapa saya, bekas guru besar. Ibu saya bekas guru. Adik saya serta adik ipar saya juga guru dan masih lagi sedang berkhidmat. Saya sendiri berkhidmat dengan sebuah IPTS yang menyediakan kursus2 serta program2 Ijazah dan Diploma untuk guru2. Maka saya banyak sekali berinteraksi dengan ramai guru2 di seluruh tanah air kita ini.

Semakin lama, semakin saya merasa musykil melihat evolusi profesion guru ini. Mana tak musykil... semakin lama, guru2 di tanah air kita ni semakin dibebani dengan tugas2 lain selain daripada tugas utama mereka yakni mengajar dan mendidik pelajar2. Dan menjelang sekarang ini, saya merasakan hal ini sudah sampai di tahap mengarut... ya, tahap mengarut dan tidak masuk akal.

Berikut ialah tugas2 guru masakini?

Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi.

Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru.

Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah. Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya?

Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’

Tak cukup dengan ini semua, guru2 juga perlu membuat pelbagai kerja2 perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi.

Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.

Ada nak tambah lagi? Ya, memang ada banyak lagi tugas2 yang saya tak larat nak masukkan di sini.

Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru ini nak membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif? Bukankah ini yang sepatutnya menjadi fokus utama para guru?

Seelok-eloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru. Betulkah begini?

Kenalan-kenalan guru dari negara-negara maju seperti Singapore, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan juga USA sendiri “tabik hormat” dengan kalangan guru-guru. Malaysia melihatkan beban tugas yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan di atas bahu seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia.

Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani.

Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai pembantu guru.

Hakikatnya, saya percaya semua orang lebih gemar jika guru2 yang diambil untuk mendidik anak2 bangsa kita adalah dinilai berdasarkan kebolehan mengajar, kreativiti, keinginan semula jadi ingin mengajar dan bukanlah meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua selepas masih tidak mendapat kerja melalui jurusan yang diambil.

Ini baru cerita guru2 di sekolah2 seluruh tanah air kita. Bagaimana pula dengan pensyarah2 kolej serta universiti? Saya percaya... kisah yang lebih kurang sama juga dapat didengari?

Soalan cepumas: Apakah maknanya semua ini? Adakah hal ini disengajakan supaya mutu pendidikan kita kekal terkebelakang berbanding dengan negara2 penjajah atau bekas penjajah kita? Adakah ini sengaja dibiarkan supaya sistem pendidikan kita terus-terusan menghasilkan pengikut2 setia berbanding menghasilkan pemimpin2?

Semoga boleh direnung2 kan. 



SOURCE https://www.facebook.com/photo.php?fbid=625650400782468&set=a.527432220604287.140268.526083300739179&type=1&theater


Let's see the comment by some of the page member (I didn't delete the pics or name simply because they
publicly show it in FACEBOOK too).





The only thing that I know is it is not easy to be a teacher. It requires a high patience and passion. Children are the future of this planet! 





No comments:

Post a Comment